Thursday, November 18, 2010

Sudah tertulis di Loh Mahfuz

Pada suatu hari, Saya bertanya kepada emak, "Maa satu pilihan hati, orang yang sayangkan kita atau yang kita sayang? "Mak jawab, "dua-dua bukan.." Saya tercengang..Mak mengukir senyuman.


"Pilihan hati mak adalah yang sayangkan kita kerana Allah.." Saya menarik nafas dalam-dalam."Macam mana nak tau orang tu sayang kita kerana apa?" Mak diam sekejap berfikir dan kemudian tersenyum.


Rasanya mak dapat menduga apa yang sedang bermain dalam hati anak perempuannya. Mana mungkin saya mampu menyorokkan rahsia hati dari mak sedangkan sekilas saya pun mak mampu membacanya."Yang paling tahu hanya Allah.." mak merenung dalam-dalam wajah anaknya.


"Kerana hanya Allah mampu membaca hati hambaNya.. " mak menyusun ayat-ayatnya."Dan keikhlasan kerana Allah itu akan terserlah keberkatannya tanpa perlu sengaja ditonjolkan oleh seseorang tu.."


Saya memintas, "Tak faham.."Mak menyambung "Cinta di dalam jalan Allah.. Bertemu kerana sama-sama mencari redha Allah.." Mak menyambung lagi,"begini, setiap insan yang bergelar manusia telah Allah ciptakan berpasang-pasangan. Rasa ingin dikasihi antara seorang suami dan isteri suatu fitrah. Automatik boleh ada daya tarikan magnet tu.."


Wajah saya merah, sedikit cemas jika mak dapat mengesan gelora jiwa muda ini.. Mak menyambung "Setiap manusia telah Allah tetapkan rezeki,jodoh dan maut sejak azali lagi..


Persoalannya ialah.. Siapakah jodohnya itu?" mak berhenti seketika.Saya tunduk malu, cuba menyorokkan rasa panas di pipi.Emak buat-buat tidak nampak.


Secret Admire


"Kakak, mak dulu masa remaja ada secret admire.. Rajin betul dia hantar surat ..Masa tu mak dah tahu yang bercinta sebelum kahwin ni tak halal..Dan masa tu mak tekad tak mahu layan sebab mak takut arwah tokwan kena seksa dalam kubur.. Mak sedar mak anak yatim, anak orang miskin, adik beradik ramai.. Mak nak belajar sungguh-sungguh. .lama budak tu tunggu mak..Akhirnya mak bagi kata putus, mak hanya akan membalas cinta dia jika dia sah suami mak..


Dan dia memang bukan jodoh mak, maka tak pernah dia menerima balasan cinta tu." Mak merenung jauh.Saya merapatkan badan kepada emak, semakin berminat dengan kisah lama mak..


"Mak memang tak ada perasaan langsung pada dia ke?" saya menyoal sambil memandang tajam wajah mak. Emak ketawa kecil."Walaupun mungkin ada, mak tak pernah bagi peluang pada diri mak untuk mengisytiharkan perasaan tu..Mak takut pada Allah.


Mak bukan seperti rakan sebaya mak yang lain.."Mak, seperti kakak.." mak memandang saya sambil memegang pipi dan dagu saya.kemudian tangannya mengusap rambut di kepala saya.


"Mak anak ustaz ustazah.. Tapi zaman tu ustaz ustazah nya masih berkebaya pendek dan ketat. Tok wan mak kiyai. Mungkin berkat doa keturunan sebelum ni yang soleh-soleh, hati mak tertarik sangat pada agama walaupun tiada sesiapa yang mendorong.. Bila di sekolah, mak pelajar pertama yang bertudung.. Mak membawa imej agama. Kawan-kawan dan cikgu-cikgu panggil mak dengan gelaran mak Aji.. Sebab zaman tu hujung 70an dan awal 80an tak ramai lagi yang bertudung betul menutup auratnya..Zaman tudung nipis dan nampak jambul. Kemudian kawan-kawan mak sikit-sikit ikut bertudung.


Akhirnya kami semua dipanggil di perhimpunan. Kami dimarah guru besar kerana bertudung sedangkan ustazah kami bertudung tapi nampak jambulnya.."emak melemparkan pandangan ke lantai. "Selepas tu ustazah jumpa kami secara persendirian. Ustazah kata dia tak mampu nak pakai seperti kami. Dia suruh kami teruskan.." sambung emak.


Ada getar di hujung suara emak. Kisah silam perjuangan emak di sekolah dahulu sikit-sikit emak ceritakan pada saya. Itulah juga salah satu inspirasi kepada saya untuk bangkit semula setiap kali terjatuh ketika berjuang di sekolah dulu.


"Mungkin kerana personaliti mak, mak menjadi tempat rujukan kawan-kawan mak.. Jadi, bila mak nak ambil sesuatu tindakan, mak kena fikir betul-betul sama da tindakan mak tu akan menyebabkan Allah marah atau tidak. Mak ayah berdosa tak? Dan maruah pembawa agama terjejas tak? Kalau mak membalas cinta si lelaki tadi, bermakna mak sedang menconteng arang di muka-muka pembawa-pembawa agama. Orang akan pandang serong terhadap orang yang bertudung sedangkan kesilapan tu hanya seorang dua yang buat. Besar fitnah akan timbul apabila orang-orang agama mengambil ringan batas syariat duhai anak.." mak menelan air liurnya. Saya diam.


Fikiran saya sedang cuba memahami maksud mak saya.




Adakah ia suatu diskriminasi?




"Kakak.. Jatuh cinta perkara biasa. Apabila kita


jatuh cinta pada seseorang, itu tandanya ada


sesuatu keistimewaan pada seseorang tu.


Apatah lagi orang yang kita jatuh cinta tu di atas


jalan dakwah ni..Tetapi kita kena ingat.. Kita tak


akan dikahwinkan dengan seseorang atas sebab jatuh


cinta atau saling cinta mencintai.. Bercouple


mungkin.. Tetapi bukan berkahwin... Kerana kita


berkahwin dengan jodoh kita, jodoh yang Allah dah


tetapkan sejak azali.. Dan tak mustahil orang yang


kita paling benci itulah jodoh kita yang kita akan


dikahwinkan dengannya.."




Tiba-tiba air mata saya mengalir. Argh! Ego saya


kalah bila mendengar hujah emak. Emak meneruskan,




"Allah itu Maha Adil.. Dia tak pernah menzalimi


hambaNya..Sesungguh nya, yang selalu menzalimi


hambaNya ialah diri hamba tu sendiri.. Sebabnya


hamba tu degil. Dia mahukan yang bukan haknya, yang


bukan milik dia.




Mencintai seseorang tidak semestinya memilikinya.




Dalam Islam, kita dah diajar untuk saling mencintai


antara satu sama lain seperti diri sendiri.. Jadi


apabila kita mencintai saudara perempuan, kita


bebas peluk dia. Tetapi bila dengan lelaki, kita


ada batas-batasnya.




Orang kafir kata batas-batas ini suatu


diskriminasi, tetapi sebenarnya batas-batas syariat


itulah yang memelihara kehormatan seorang lelaki


dan seorang perempuan. Cuba kakak renungkan, kita


mengenali seorang insan yang amat baik, sempurna


agamanya dan rajin. Lalu kita jatuh hati padanya.


Ditakdirkan jodohnya dengan insan lain, kita pula


dengan yang lain..




Tetapi itu tidak bermakna ukhwah antara kita dan


dia terputus.. Kita dan dia sama-sama mencari redha


Allah.. Kita dan dia masih boleh sama-sama


bekerjasama untuk mencari redha Allah..


Perbezaannya, dia halal untuk isterinya sedangkan


untuk kita, dia tetap lelaki ajnabi seperti yang


awalnya." emak berhenti seketika.. Bukan luar


biasa...




Tentu kering tekak emak menerangkan kepada saya


persoalan hati ini.




"Kakak.. jadi di sini mak nak kakak faham, jatuh


cinta bukan perkara luar biasa..Dan berkahwin pun


bukan suatu jaminan untuk tak jatuh cinta pada


lelaki lain.. Kerana itulah ramai isteri yang


curang, suami yang curang..




Ada orang tukar pasangan macam tukar baju. Apa yang


penting ialah kita kena perjelaskan pada diri kita


supaya setiap kali kita jatuh cinta, jatuh cinta


itu kerana kita jatuh cinta kepada Pencipta dia.


Kita bagi tau pada diri kita berulang kali yang


kita mencintai Allah, kerana itu kita mencintai si


dia. Letakkan Allah sebagai sempadan hati kita,


segala perkara yang kita cintai dan sayangi


termasuk mak abah adalah kerana mencintai Allah..


Dan apabila kita membenci seseorang atau sesuatu,


beri tahu pada diri sendiri berulangkali yang kita


benci sekian-sekian hal kerana Allah semata-mata.


."




"Kakak.. Hati kita ni walaupun dalam dada kita


sendiri, ia tetap bukan milik kita. Kita tak mampu


untuk mengawalnya. . Hanya Allah yang boleh


memegangnya. . Sebab tu kita kena dekatkan diri


dengan Allah.. Sebab kita nak dia pegang kukuh-


kukuh hati kita. Bila dia pelihara dan masuk dalam


hati kita, itulah nikmat lazatnnya bercinta. Masa


tu biarpun satu dunia menyakiti kita, kita tak rasa


sakit sebab kita asyik dengan nikmat bercinta


dengan Allah..Bercinta dengan Allah sangat berbeza


dari bercinta dengan manusia. Kerana tentulah


pegalaman bercinta dengan lelaki kaya,rupawan,


sempurna dan bijaksana tak sama rasanya bercinta


dengan lelaki miskin, hodoh,cacat dan dungu..


Betapa nikmatnya cinta Allah, hanya mereka yang


pernah merasai sahaja yang mampu mengerti. "




Redha




"Kakak.. Walau siapapun jodoh yang Allah hantarkan


untuk kakak, terimalah dengan hati yang redha.. Tak


mustahil dia adalah orang yang kita benci. Kalau


yang kakak sayang, tak jadi hal lah.. Tapi kalau


dapat yang kakak tak nak, lantaran kelemahan yang


ada pada dia, ingatlah bahawa dalam diri setiap


insan telah Allah ciptakan dengan kelebihan masing


-masing. Dan mungkin kakak ada kekuatan yang dapat


mengubah si lelaki tadi supaya hidup dia bermakna


dan mungkin kakak sahaja yang mampu mencungkil


kelebihan yang ada pada dia.. Mungkin juga si


lelaki ini ada sesuatu kelebihan yang kakak sangat-sangat perlukan yang satu dunia tak mampu bagi pada kakak..


Alangkah bertuahnya kakak kalau kakak mengerti setiap pemberian Allah dan belajar untuk bersyukur.. "


Sekali lagi berjuraian air mata saya turun. Terasa lemah lutut hendak berdiri. Emak menarik tubuh saya dan memeluk erat. Pelukan emak sangat-sangat kuat.


"Emak dah didik anak emak dari belum lahir untuk mencintai Allah.. Sekarang emak serahkan anak emak yang mak sayang sangat ni pada Allah untuk Dia pelihara.."


Emak mengakhiri kata-katanya dengan suara sebak dan air mata yang mengalir ke bahu saya...

SUMBER
mari kita renung cerita nie..i yg dah kawen ni pon sentap jugak.....renungkanlah....

Tuesday, November 2, 2010

sambungan entry yang lepas....

ok mengikut entry saya semalam berkenaan "nak tahu jugak anda pilih yang mane"...Tq pada yang bagi jawapan.... iva pilih "c"...sebab itulah realiti yang berlaku..yang lagi bestnya kenderaan yang iva maksudkan adalah sebuah "Teksi".......Mencalar sedikit nama baik "Teksi" yang lainkan.....


ceritanya begini...masa tu kat area jalan kuching susur nak ke jalan ipoh...iva dengan kanda...yang bawak kereta tu kanda so iva dok sebelah jadi "mem besau"..hehehehehe..so tgh dok berborak²..tetiba ada satu teksi ni pintu bahagian "driver" terbukak..iva mula² terkejut..."eh kanda pintu keta dia terbuka...takut jugakkan kang tetiba tergolek plak orang kat tengah jalan tuh...TAPI....salah jangkaan i tuh...


rupa-rupanya...si teksi driver ni tadi...nak buang sesuatu...iaitu SAMPAH....huhuhuhu...TIADA ADAB LANSUNG....KURANG SOPAN.....so kebetulan dia slow sikit, dapatlah kami pintas teksi tu..malunya iva...yang bawak teksi tu ORANG MELAYU...yang terkenal dengan adab sopan....huhuhu..bila hon pon muka driver tu selumber je dan juga muka kekenyangan.....huhuhuhu....


bayangkan lama² jadi camni...yuck....
sumber dari kanda gOogle

so kawan² janganlah macam ni yea....janganlah buang sampah merata-rata,,,,buruk rupanya...walaupon kita kat umah sendiri..janganlah buang sampah ikut suka hati je..kan ade TONG SAMPAH...gunakanlah dia yea....


sumber dari kanda gOogle


 tengok kanak-kanak pon pandai buang sampah ditempat sepatutnya....
ajarlah anak² dari kecil lagi....
sumber gambar dari kanda gOogle


ok sekian dari saya..pesanan dari penaja jangan jadi budaya yang kurang sopan dan kurang adab yea....



Monday, November 1, 2010

nak tahu jugak anda pilih yang mane...???

hehehehe....saya tak tahu apa yang saya sedang peningkan....sakit kepala asyik menyerang je sejak kebelakangan nie,,,,satu perangai saya...susah sangat nak  makan ubat...bak kata kanda DEGIL....waaaakakakakakaka...i love you lah kanda...ehehehe


abaikan cerita diatas..meh kita cerita tentang benda lain....


apakah pendapat anda tentang orang yang membuang sampah dari dalam kereta ke luar then muka macam tak bersalah....???kalau anda semua hadapi keadaan itu ape yang anda nak lakukan...??


a) nak pintas kenderaan tu then suh owner dia turun then marah² dia kat tengah jalan raya...
b) buat perkara yang sama tapi masa tu kenderaan tu dibelakang kenderaan kita..
c) hanya mampu geleng kepala dan tulis blog mengenainya sebab bila ko hon owner kenderaan tu buat muka BODOH tak bersalah....
d) bukak tingkap kenderaan anda dan hon banyak kali kat kenderaan yang kurang sivik tuh....


ATAU...


e) jawapan atau pendapat dari anda...???


yang mana satu pilihan kalbu...???